Di AVtiSe dM Academy kami sentiasa bersedia untuk memberikan tunjuk ajar dan latihan kepada pelanggan kami berkaitan dengan digital marketing. Kami menyediakan latihan baik secara perseorangan atau berkumpulan kepada pelanggang yang ingin belajar dan menceburkan diri ke dalam dunia pemasaran digital. Selain itu, kami juga menyediakan khidmat nasihat atau konsultant kepada pelanggan kami berkenaan dengan idea atau strategi pemasaran digital.

Latihan Yang Ditawarkan

Facebook & Instagram Advertising

FB Advertising From ‘0’ to HERO. Kami akan guide student kami untuk mendalami selok belok facebook marketing dari A – Z. Pelajar akan diajar perkara asas berkaitan dengan FB Advertising sehingga ke peringkat advance. Antara topik yang akan dibincangkan seperti Facebook Fan Page / Group, Macam Mana Nak Cari Real Audience, Cara Jimatkan Kos dalam FB Marketing, Macamana nak buat retargeting untuk pelanggan sedia ada dan bermacam lagi.

Youtube

Anda pasti biasa melihat video di Youtube kan? Mungkin anda pernah mendengar ‘Youtuber’ sebelum ini juga. Untuk menjadi Youtuber dan menjana income daripada Youtube anda tidak perlu menjadi pakar, anda juga boleh berjaya sebagaimana para youtuber yang lain. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk bermula, kami juga menawarkan latihan dan konsultan kepada anda yang ingin menjadi Youtuber. Antara latihan yang kami berikan, bagaimana untuk setting akaun Youtube, teknik mencari audience yang berkesan dan paling penting bagaimana cara untuk menghasilkan wang dari channel youtube anda.

Instagram Influencer

Social Media Influencer merupakan trend terkini di dalam digital marketing. Maka tidak hairan jika sekarang ini anda kerap lihat bermacam strategi atau cara yang digunakan oleh influencer untuk mendapatkan seramai mungkin follower. Tujuan dia adalah satu, untuk memasarkan produk atau perniagaan mereka. Antara influencer terkenal di Malaysia sekarang ini seperti Datuk Sri Vida dan juga Datuk Aliff Shukri. Berita baiknya, kami juga boleh bantu anda menjadi social media influencer seperti mereka. 

Website Design

Kami juga menawarkan latihan untuk membina website kepada pelanggan yang ingin belajar menghasilkan website sendiri. Antara perkara yang diajar ialah cara untuk memilih domain & hosting. Kami juga akan mengajar pelanggan kami bagaimana cara untuk membina website menggunakan wordpress. The best part, anda boleh menghasilkan website anda serta merta selepas mengikuti latihan dan kami menyediakan perkhidmatan sokongan tanpa had kepada semua pelanggan kami.

Close Menu