You are currently viewing Pemasaran Digital – Apa yang ada perlu tahu?

Pemasaran Digital – Apa yang ada perlu tahu?

Ramai kedai batu bata dan mortar yang terpaksa tutup pada hari ini disebabkan keadaan pandemik yang telah melanda. Malah bukan sedikit perniagaan yang terpaksa gulung tikar. Namun begitu, bagi mereka yang sudah menceburkan diri di dalam perniagaan alam maya, lama sebelum covid-19, berkemungkinan perniagaan tersebut masih mampu bertahan, bahkan mungkin telah berkembang dengan lebih pesat disebabkan majoriti pengguna yang telah beralih arah membuat belian di atas talian. 

Berita baiknya, anda juga boleh memulakan perniagaan online anda pada bila-bila masa bahkan anda tidak perlu mencari kedai fizikal untuk menghasilkan jualan. Kedai kini boleh beroperasi dalam talian dan ini menjadi lebih popular kerana terdapat beberapa peluang di internet. Selain itu, anda juga dapat menjimatkan beberapa kos seperti kos sewa dan penyelenggaraan kedai fizikal. 

Namun begitu, bukan beerti pemilik kedai batu bata dan mortar di luar sana perlu menutup terus operasi mereka, sebaliknya sangat penting juga untuk perniagaan tersebut mengambil peluang dan memanfaatkan pemasaran digital di dalam perniagaan mereka. Berita baiknya ialah anda dapat menargetkan pelanggan anda bahkan meningkatkan pendedahan jenama atau kedai anda dengan menerapkan strategi pemasaran yang sesuai. 

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan perkara yang anda harus tahu mengenai pemasaran digital.  

Bagaimana Pemasaran Digital Berfungsi

Dalam kebanyakan cara, pemasaran digital tidak berbeza dengan pemasaran tradisional. Ini berlaku disebabkan syarikat atau perniagaan yang pintar  ingin mengembangkan hubungan dengan  prospek, dan pelanggan mereka. Namun begitu, pemasaran digital kini telah menggantikan banyak strategi pemasaran tradisional kerana dirancang untuk mensasarkan pelanggan masa kini. 

Sebagai contoh, anda boleh memikirkan kali terakhir anda membeli sesuatu. Mungkin anda membeli kereta, kontraktor memperbaiki bumbung, atau bahkan menyewa pembekal alat tulis untuk pejabat anda. Tidak kira apa yang anda lakukan, anda mungkin telah memulakan dengan mencari pencarian di internet untuk mengetahui lebih lanjut bagaiamana cara untuk menyelesaikan masalah pilihan anda dan siapa yang dapat menyediakan perkhidmatan tersebut. 

Keputusan pembelian terakhir anda kemudian mungkin berdasarkan kepada perbiancangan diantara rakan atau keluarga yang anda, ulasan yang anda baca,  dan harga yang anda kaji. Pendek kata, kebanyakan keputusan sebelum anda membuat belian atau menempah perkhidmatan bermula dalam talian.

Dalam kes ini, penting untuk perniagaan anda hadir di atas talian, tanpa mengira apa yang anda jual. Kuncinya adalah mempunyai strategi pemasaran digital yang dapat menempatkan anda di tempat yang tepat di mana bakal pelanggan anda mungkin akan berada. Kemudian anda boleh menggunakan pelbagai saluran digital untuk berhubung dengan bakal pelanggan ini dengan menggunakan beberapa cara pemasaran digital yang sesuai dengan perniagaan, budget dan dimana bakal pelanggan anda sering berada. 

Pertama, untuk memudahkan perniagaan anda dikenalpasti, anda memerlukan kandungan yang baik dan dapat memberikan pelanggan anda  berita industri semasa, masalah yang mereka hadapi, dan bagaimana anda dapat membantu mereka menyelesaikan masalah ini.

Anda juga perlu menggunakan sosial media supaya anda dapat berkongsi kandungan ini dengan pengikut atau pelanggan anda. Ia juga penting untuk berinteraksi dengan pengikut atau pelanggan anda. Anda juga boleh menggunakan pengoptimuman mesin pencari (SEO) untuk mengoptimumkan kandungan semasa. Penggunaan SEO di dalam artikel adalah penting supaya apabila pelanggan membuat carian di atas talian, perniagaan anda dapat ditemukan. 

Jika anda baru bermula, jangan kedekut untuk mengeluarkan sedikit modal untuk membuat iklan berbayar. Ini bagi memudahkan bakal pengikut atau pelanggan anda mengetahui kewujudan perniagaan anda. Selain itu, email marketing atau pemasaran melalui email juga merupakan salah satu pemasaran yang sangat berkesan dan dapat menjimatkan kos pemasaran digital. 

Selepas anda bermula dan mempraktikan pemasaran digital ini, walaupun pada mula nya seperti sesuatu yang sukar, lama kelamaan anda akan dapat menguasai pemasaran digital yang dapat membantu perniagaan anda dikenali oleh pengikut bahkan dapat menempatkan perniagaan anda di carian atas talian yang berpotensi mendatangkan prospek kepada anda. 

Secara kesimpulannya, terdapat banyak faedah melalui pemasaran digital. Ini termasuk ianya sangat mudah diusahakan, selain itu anda boleh menyimpan data pelanggan anda dan memasarkan produk anda pada masa akan datang. Selain itu, pemasaran digital juga tidak terhad kepada sesuatu lokasi berbanding dengan pemasaran tradisioanal, anda juga dapat mengurangkan kos pemasaran dengan menggunakan sepenuhnya teknologi sediaada. 

Cara menggunakan saluran yang berbeza untuk meningkatkan pemasaran digital anda

Ada pelbagai jenis pemasaran digital yang anda boleh gunakan untuk memasarkan pemasaran anda. Selain melakukan pemasaran digital sendiri, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan dari pakar seperti Avtise dM Academy untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pemasaran digital anda. Berikut antara contoh pemasaran digital yang boleh anda cuba: 

Sosial Media

Anda boleh memanfaatkan media sosial untuk membantu perniagaan anda berkembang. Terdapat beberapa platform media sosial yang popular di luar sana, seperti Twitter, Instagram dan Facebook yang menyediakan peluang pemasaran digital khas. Sebagai contoh, Facebook mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna sahaja, jadi jika perniagaan anda belum ada dalam talian, ada kemungkinan anda kehilangan banyak pelanggan dan jualan.

Salah satu langkah utama untuk mewujudkan strategi pemasaran media sosial yang baik adalah dengan kehadiran anda dalam talian. Apabila anda membuat ini, anda dapat mulai fokus membuat kempen pemasaran anda. Penyedia perkhidmatan pemasaran digital dapat membantu anda membuat iklan yang dapat menargetkan sasaran pelanggan anda.

Sebagai contoh, salah satu kelebihan beriklan di Facebook adalah membolehkan anda memilih faktor tertentu seperti seks, usia, status perkahwinan, dan bahkan minat mereka di Facebook. Menggunakan media sosial boleh menjadi salah satu daripada beberapa cara pemasar digital dapat membantu mengembangkan perniagaan anda. Jika anda masih belum mahir membuat pemasaran digital menggunakan facebook, berita baiknya, Avtise dM Academy juga menawarkan perkhidmatan membuat iklan menggunakan facebook dan juga instagram. 

Search Engine Optimization (SEO)

Masalah biasa yang dialami oleh banyak perniagaan setelah membuat laman web adalah tidak mendapat cukup pengunjung ke laman web mereka. Anda boleh memiliki laman web yang hebat dan menarik, tetapi jika ianya sukar dicari, maka pelanggan anda juga tidak dapat menemukannya. Inilah sebab mengapa sangat penting untuk menggunakan penyedia perkhidmatan pemasaran digital sekiranya anda tidak mahir di dalam pemasaran menggunakan SEO. 

Salah satu tujuan utama Search Engine Optimization ialah bagi memastikan laman web anda berada di kedudukan teratas dalam talian. Ia bertujuan supaya laman web perniagaan anda mudah ditemukan oleh bakal pelanggan apabila mereka membuat pencarian di internet. 

Sekiranya anda belum memulakan pemasaran digital untuk perniagaan anda, mungkin belum terlambat untuk anda bermula. Sekiranya anda tidak mahir di dalam pemasaran digital, jangan segan untuk mengeluarkan modal bagi pemasaran digital. Ia sama saja dengan mengeluarkan modal untuk membuat iklan tradisional. Antara langkah pertama yang anda boleh ambil adalah dengan membuat laman website untuk perniagaan anda, ia merupakan kedai official anda di atas talian, selain itu anda juga boleh menggunakan pemasaran digital dengan mengiklankan perniagaan anda di sosial media seperti facebook, instagram dan twitter.