Jika pelanggang anda tidak menemukan anda secara online, mereka akan menemukan pesaing anda

Untuk kekal bersaing di zaman digital ini, sesebuah perniagaan perlu memiliki strategi pemasaran digital untuk meningkatkan pendapatan. Adalah menjadi objektif kami di AVtiSe dM Academy untuk membantu perniagaan anda

Google Adwords

Google Adwords merupakan salah satu produk digital marketing yang direka khusus untuk perniagaan yang ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan di dalam rangkaian Google. Melalui kaedah pemasaran ini anda boleh menentukan siapa target audience anda seperti umur, lokasi dan minat bakal pelanggan anda

Facebook

Melalui facebook anda boleh memasarkan produk atau perkhidmatan anda dengan lebih menarik. Anda boleh menjangkau pelanggan anda dengan iklan yang menarik seperti menggunakan gambar, video, carousel, slideshow, canvas dan juga messeger. Dengan jumlah peningkatan pengguna facebook setiap hari, ia antara medium digital marketing yang sangat popular pada masa kini

Instagram

Instagram merupakan salah satu siri perniagaan facebook.Cara pemasaran ianya sama dengan facebook tetapi memiliki kelebihan tersendiri. Antara keunikan Instagram ialah carousel ads, Instagram Live untuk pemasaran video secara serta merta dan juga Instagram Stories. Selain itu, Instagram boleh menjangkau ramai bakal pelanggan dengan serta merta

LinkedIn

LinkedIn menghasilkan potensi 'Leads' 27% lebih tinggi daripada facebook dan twitter. Keunikan pemasaran di LinkedIn ialah anda boleh mensasarkan jenis pekerjaan pelanggan anda selain daripada umur, jantina, lokasi dan minat mereka. Malah LinkedIn merupakan platform yang profesional dan ia juga sangat berkesan untuk iklan yang mensasarkan konsep B2B (Business to Business)

YouTube

6 daripada 10 orang bakal pelanggan lebih gemar menonton video secara online berbanding dengan menonton television. Ini menjadikan pengiklanan berbentuk video merupakan salah satu digital marketing yang paling berkesan dan kian berkembang. Di AVtiSe dM Academy kami menggunakan analisis tools untuk mengukur prestasi video marketing anda. Ini termasuk monitor trafik, jumlah penonton, pelanggan yang suscribe & share channel atau video.

Twitter

"Short, Sharp & Prominent". Salah satu digital marketing yang mudah untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Melalui twitter, membolehkan anda menjangkau bakal pelanggan anda berdasarkan minat, jantina bahkan jenis device yang digunakan mereka. Kebaikannya, anda hanya akan dicaj sekiranya pelanggan 'follow' akaun twitter anda, retweet message anda atau klik pada tweet promosi anda.

Email

Email merupakan antara digital marketing yang terawal digunakan, malah ia merupakan antara digital marketing yang paling berkesan. Email marketing merupakan antara tool yang sangat berkesan untuk membina hubungan dengan pelanggan, ia membolehkan brand anda dipercayai. Selain itu,kos pemasaran melalui email marketing juga antara yang terendah. 82% syarikat korporat sudah menggunakan email untuk berhubung dengan pelanggan mereka. Selain itu 53% daripada email yang dihantar dibuka menggunakan smartphone, menjadikan ia mudah untuk menjangkau bakal pelanggan anda.